.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us


Assalamualaikum Warohmatulla Hi Wabarokatuh & Salam Sejahtera

YB, Ybhg Tan Sri/Datuk/ Dato`/ Datin/ Tuan/ Puan.

Pusat Harian Pemulihan Dalam Komuniti bagi Orang Kurang Upaya (PDK-OKU) Seberang Jaya sejak ditubuhkan 7 tahun yang lalu, beroperasi dengan menumpang 
di premis anjung Bangunan Rukun Tetangga Semilang, Seberang Jaya.
Jumlah pelajar yang menyertai pusat ini dari masa ke semasa semakin meningkat. 

Pada masa kini, seramai 23 orang OKU berdaftar dengan pusat ini. Melihat kepada ruang pembelajaran sekarang hanyalah berukuran 600 kaki persegi dan tidak 
berupaya menampung jumlah pelajar bagi kegiatan harian. Malahan sebuah kelas 
seharusnya mempunyai 5-10 orang sahaja mengambil kira keperluan golongan ini yang sememangnya memerlukan kemudahan yang istimewa dan khusus.

Justeru menerusi perbincangan serta kajian yang telah diusahakan antara pihak PDK serta badan-badan sokongan lain telah mengambil kata putus bahawa pusat ini sangat memerlukan sebuah kawasan yang luas, sistematis, praktikal dan kondusif. 
Maka pihak jawatankuasa bercadang untuk membina sebuah bangunan yang lengkap dengan kemudahan dan keperluan untuk golongan OKU -berukuran 4800 kaki 
persegi.

Bagi Fasa pertama sudahpun dijalankan dengan memulakan pembinaan tapak 
bangunan ini namun di atas masalah kekurangan dana sebanyak RM 400, 000, projek ini mengharapkan keprihatinan masyarakat untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan meringankan beban.

Saya mewakili pihak pengelola serta seluruh warga PDK OKU Seberang Jaya merayu kepada YB, Ybhg Tan Sri/ Datuk/ Dato`/ Datin/ Tuan/ Puan agar sudi membantu kami menerusi sumbangan serta penajaan kepada projek ini.

Besar maknanya bagi kami serta insan-insan istimewa ini dengan kemurahan serta 
keprihatinan pihak YB, Ybhg Tan Sri/ Datuk/ Dato`/ Datin/ Tuan/ Puan. Segala bentuk sumbangan serta penajaan yang dihulurkan hanya mampu kami dahului 
dengan doa serta ucapan jutaan penghargaan.


‘Hulurkan Bantuan - Warnai Kehidupan’

“MEMPERKASA MODAL INSAN (OKU) KE ARAH DINAMIKA MASYARAKAT”


(MOHD ADAM AHMADPPN,PKT,PJK,PJM)
Pengerusi
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK-OKU)
Seberang Jaya, P.Pinang.