.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

NEW!!! PraiPower Prihatin akan PDK OKU Seberang Jaya


(video mungkin streaming lambat: harap bersabar)

PRAI,6 FEB - Institusi korporat ternama seperti PraiPower Sendirian Berhad (PPSB) menyahut seruan prihatin yang diperjuangkan oleh PDK(OKU) Seberang Jaya menerusi tajaan dana serta kesungguhan untuk melihat perkembangan Orang Kurang Upaya di kawasan Seberang Jaya khasnya tidak terabai.

Pertemuan dua hala antara wakil PDK Seberang Jaya dan PPSB di pusat power plantnya berjalan hampir 2 jam, Tn.Haji Anuar Lazim selaku Ketua Maintainance & Engineering PPSB melahirkan rasa prihatin dan sentiasa komited PPSB dalam membantu PDK Seberang Jaya bagi merealisasikan impian mendirikan sebuah pusat yang bakal juga beroperasi sebagai 'One-Stop Centre' bagi OKU.

Rombongan PDK Seberang Jaya diketuai oleh Pengerusinya sendiri, Encik Adam Ahmad dan turut sama hadir ialah En.Latif, Encik Hashim dan Cikgu Sani Araby.





Menerusi keprihatinan dan semangat bersama yang diperlihatkan oleh PraiPower, Pdk Seberang Jaya dapat bergerak selangkah ke hadapan dalam proses membina bangunannya sendiri. Pada tahun 2007, PPSB telahpun berbesar hati menaja RM 20,000 dan jumlah itu telahpun dibelanjakan sebaik mungkin bagi tujuan pembinaan Fasa 1 (menanam cerucuk & benteng tapak).





Justeru, sebesar penghargaan dikalungkan khas kepada 'Bapa Angkat' bagi Pdk Seberang Jaya ini. Besar maknanya bagi seluruh warga OKU atas keprihatinan pihak anda.

4 .:: Tulis Ulasan/Komen/Sokongan anda disini ::.:

Anonymous said...

Wow! lagu and penghayatan mmg best, sebak ja rasa

Anonymous said...

bapa angkat bagi lah 200 ribu lagi.. ... leh kan .... kan pak-angkat pdk-oku-sjya.... Pak Angkat Parlimen Pmtg Pauh cm na pulak.... leh la kut huloq 100 ribu plak....

Anonymous said...

bapa angkat bagi lah 200 ribu lagi.. ... leh kan .... kan pak-angkat pdk-oku-sjya.... Pak Angkat Parlimen Pmtg Pauh (Dtk-Hishammuddin)cmna pulak.... leh la kut huloq 100 ribu pada 17hb ni....

Anonymous said...

prai-pwr d bawah Al_Bukhary...... kan ada Yayasan Al_Bukhary.... boleh bntu 100 prsen namakan Wisma Al-Bukhary .........